Episod 4
Hari ni hari sabtu 29 Jun 2013. Dari pagi td aku asyik melihat jam dinding hospital. Kejap-kejap jam di
telefon bimbit kutatap. Lambatnya masa berjalan. Bila agaknya nak tengah hari
ni? Tengah hari? Aik tunggu masa makan ke?
“Atif nak makan tak?” Kata brother yang membawa makanan
hospital tu.
“Nak nak” jawabku ringkas.
Makanan diletakkan di atas meja yang boleh dilaras. Mudah
untuk ku makan. Namun aku tak menyentuh makanan tu. Malahan aku menyiarap di
atas katil. Longlai.
“Aik bang. Tak nak makan ke? Tak sihat ke? Nanti diorang
ambil balik makanan yang tak diusik” pesan dak katil depan kepadaku.
“Korang nak tak? Ambillah nasi ni. Abang tak makan”
“Betul ke ni? Tak sihat ke ape?”
Aku hanya membisu sambil meneruskan tertiarapan ku diatas
katil. Amboi~ tertiarapan. Cam kena putar-putar kepala kalau nak menyebut perkataan tertiarapan.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 suku. Lambatnye masa berlalu. Sedikit pon rasa
tak lapar. Sedang syok terbaring sambil mendengar lagu ‘for the rest of my life
by Maher Zain” tiba-tiba ada orang datang. Hatiku keriangan walaupun
menunjukkan muka mamai bajet baru bangun dari tidur.
“Lapar lapar. Makanan dah sampai” kataku ringkas. Tunggu
pizza delivery ke apa?
Alhamdulillah cik Erny dah sampai. Janjinya kepadaku dia
akan datang bawa masakan ayam black pepper untuk diriku. Heeee aku tersenyum panjang.
Panjang sangat sampai boleh muat sebijik penumbuk anda. Dak katil depan baru
tahu kenapa aku tak makan. Menunggu sesuatu yang istimewa perlukan kesabaran
& keteguhan hati. Gembira yang tak tergambar. Last jumpa bulan 3 yang
lepas. Lebih kurang 3 ke 4 bulan juga
tak berjumpa. Sedap lauk ayam black pepper. Terima kasih. Tulus ikhlas..ehhh ikhlas tak boleh cakap.
Terima kasih dari hati ini untuk hati yang pink manis
Kerana tak pernah lupa menceriakan hati yang sadis
Sadis dek sakit yang tak tahu bila penghujungnya
Sadis dek ulang alik ke hospital tak tahu bila sihatnya
Namun dirimu yang jarang-jarang ku temui beriku harapan
Berikan ku kekuatan
Untuk teruskan kehidupan
Untuk teruskan perjalanan yang masih belum kehabisan
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi walaupun sibuk dengan study
Walaupun sibuk dengan exam muet yang tak lama lagi
Kurang-kurangnya dirimu sentiasa melayani karenahku
Sentiasa berada di sisi walaupun hanya dengan sekeping sms
Aku sangat bersyukur kerana Allah telah menemukan dirimu denganku
Petang tu amat menceriakan diriku. Walaupun ibu ayah tak
berada di sisi kerana ada kenduri di rumah jiran di Palong. Lagipun aku tak
mahu membebankan ibu ayah. Palong dengan hospital bukan dekat. Boleh buat solat
jamak la jarak Palong Seremban. Lebih kurang pukul 5.30 petang, Mak Ndak &
Mak uda pula tiba bersama anak-anak. Sepupu-sepupu kesayanganku. Sofia masih
lagi takut kepadaku selepas aku melakukan operation masuk besi. Sebelum ni,
“Along…alongggg” panggil Sofia. Lebih mesra aku panggil dia
ateh sebab namanya panjang sangat. Anak Mak Uda yang paling kecil.
Kini dek besi, dia takut duduk dekat denganku. Menangis
lagi. Jika tidak, beriya-iya dia ajak main & gurau-gurau. Siap nak ikut alongnya balik
palong lagi. Sedih sedikit hatiku.
Petang itu bersama dengan yang tersayang kami berborak
rancak. Bersama gurauan kasar, kami bagai anak beranak. Aku boleh katakan yang
mak-mak sedara ku semuanya ibarat ibuku sendiri. Tak kira mak sedara di sebelah
ibu ataupun ayah. Hari ni Mak Ndak pertama kali
berjumpa kekasih hatiku yang sorang ni. Sebelom ni dia hanya tahu
tentang cik Erny daripada ayah. Rupa-rupanya ayah menceritakan perihal cik Pink
ni dengan mak ndakku. Apa yang diceritakannya pon aku tak pasti. Cuma aku tahu
ayah suka jika cik Pink ni jadi menantu dia.
Sesuai dengan diriku. Malu tolak tepi.
Mesra dengan ibu ayah & yang paling penting mesra dengan diriku. Mana
taknya. Mula-mula datang rumah terus terjah memasak. Heeee~
Kira-kira jam 7malam semua mula beransur pergi. Diriku
kembali bersendiri. Sebelum waktu magrib habis, aku segera mandi & solat.
Mungkin kerana terlampau seronok petang tu, blood pressure ku menggila sikit.
150++ haha. Biasa 120++. Mungkin kerana perasaan kena tinggal keseorangan di
hospital tak berteman.
Malam itu selesema ku masih teruk. Batuk juga begitu. Siang
tadi aku telah beberapa kali memberitahu doctor sebelah siang yang aku ada
gatal-gatal, batuk yang teruk & selsema yang meleleh je. Habis sekotak
tisu. Janji doctor ni mahu menuliskan preskripsi ubat. Petang itu tiada ubat
yang sampai. Hanya vancomysin sahaja.
Tengah malam kepala ku sakit menggila. Hidung ku pula terasa
tak selesa. Perit dek hingus yang tak habis-habis meleleh. Perit batang
hidungku naik ke kepala hingga pening yang teramat sangat namun ubat masih tak
sampai-sampai. Kepala dah sakit, hati pula sakit kerana tiada ubat yang diberi.
Aku turun & pergi ke kaunter nurse dengan perasaan yang sangat marah. Ubat
sebiji 2 pon tak boleh bagi ke? Bukan kah doctor dah menulis preskripsi ubatku?
Apabila berjumpa dengan jururawat yang bertugas, dia
mengatakan bahawa tiada ubat untukku. Aku terkejut.
“Selsema ni. Doc kata nak bagi ubat”
“Memang tak da tulis pon tif. Tak pe nanti saya beritahu
doctor malam. Pergi baring dulu”
Tunggu punya tunggu masih tiada ubat. Aku turun kali ke 2 kaunter jururawat untuk bertanyakan ubatku. Dengan hati yang sangat marah. Aku
duduk di kerusi yang berhampiran menunggu ubatku. Barulah aku dapat ubat
selsema dengan 2 biji panadol. Itu pun susah ke? Hatiku panas dengan doctor
baru yang ditugaskan meniliti kes ku. Minta ubat pon susah. Baik duduk rumah.
Malam itu aku tidur jam2 pagi dengan kepala & hati yang sakit dengan kelembapan doktor baru ni. Tak fokus ke kerja? Bila disergah baru menggelabah.
Ku harapkan aku segera sembuh.
Segera pulang bersama keluarga. Esok hari ahad. Tiada sesiapa yang akan datang.
Esok masa untuk tidur la nampaknya. Ada lebih kurang 9 hari lagi di hospital ini. Letih bila duduk saja di hospital. Nasib baik mulut ni agak bising & mudah berkawan. Sekurang-kurangnya pakcik-pakcik di sini menjadi teman ku.
![]() |
Yang ikhlas tapi tak boleh cakap ikhlas |
No comments:
Post a Comment