Monday 8 July 2013

Episod 7

Episod 7 Abang ke ayah?

Hari ni sudah hari ke..... lost count hari ke berapa aku sudah berada di hospital. Sunyi sebenarnya berada di hospital walaupun di sekeliling kita penuh dengan orang ramai. Namun mereka cuma jururawat-jururawat yang cerewet, doktor yang 'ketemeneh(cari sendiri maksudnya)', pesakit yang banyak songeh serta pelawat yang memekak-mekak. Diriku hanya insan kecil yang duduk di ceruk wad 4B katil 31 menunggu sesiapa yang mahu menghabiskan masa lapang mereka menjenguk diriku. Sadis. Tiada yang datang. Maka, hari ku pasti dipenuhkan dengan aktiviti yang mencabar & menarik untuk menghilangkan kebosanan iaitu tidur. 


Tidur mencabar & menarik kerana


  1. Suasana yang hingar bingar.
  2. Semakin ramai semakin panas udara sekeliling.
  3. Masa tidur anda tidak selesa kerana sering dikejutkan. Nak ambil darahlaaa.. Nak beri makan tengah hari laaa.. Nak cek BP(blood pressure) laaa..
  4. Katil yang tidak selesa.

Mencabar. Sungguh mencabar. Lagi letih dari main futsal. (tipu sangat dah ni). Seperti biasa, selepas solat aku mula bersiap sedia untuk tidur jika aku pasti tiada yang datang melawat. Malangnya hari itu aku tidak dapat melelapkan mata kerana Pokjak & isteri datang melawat. Tak ku sangka ada yang datang. Datang bersama Maryam. Cahaya mata mereka yang pertama & ini merupakan perjumpaan yang pertama kalinya semenjak dia lahir. Comelnya si Maryam. Gembira sangat waktu itu. Walaupun diriku seorang gengster terhebat (tunjuk parut tangan kanan) namun aku seorang yang suka kepada kanak-kanak kecil kerna 

"Sesungguhnya mereka ibarat kain putih itu sangat bersih, suci & murni bebas dari segala jenis corak coretan dosa dunia"



Tengoklah si Maryam ni. Comel sangat. Geram tengok dia. Puas juga aku dukung & memeluknya. Kali pertama dia resah gelisah. Ku cuba untuk kali kedua. Mahu tu memang mahu tapi selepas didukung pasti memanggil abi & uminya. 
Nenenn~ nennenn~ teriak Maryam kepada abi & uminya. Ye ye kau Maryam nak nenen ehhh. Paling tak ku lupa jika mengacahnya dari jauh. Gelak tawa menampakkan gigi yang tumbuh nan sebatang itu buatkan hatiku luluh. Jatuh hati rasanya. Jatuh hati hendak berdiri di tempat ibu bapanya yang memiliki cahaya mata.

 "Ya Allah, bila giliranku untuk bertemu jodohku & menimang cahaya mata pula?" 

Doa hatiku. Moga Allah mendengar rintihan hatiku. Kadang kala terdetik juga rasa cemburu melihat rakan-rakan yang lain telah bertemu jodoh & dikurniakan cahaya mata dari yang Maha Kuasa. 

Walaubagaimanapun aku hanya mampu berserah kepada yang Tuan Empunya biarlah segala urusanku Dia selesaikan. Biarlah Dia yang uruskan. Aku insan yang meminjam tubuh ini hanya bisa berdoa & berharap kepadaNya agar dikurniakan kesejahteraan & kebahagiaan di dunia akhirat. Inshaa Allah. 




 Kegembiraanku tidak berakhir di situ. Keesokkan harinya, cerita yang berbeza pula terjadi. Tiada yang datang pada hari itu. Namun makcik (ingat lagi makcik yang menjaga suami yang menghidap strok?) datang menghulurkan 2 keping roti jala yang enak. Sedap. Karinya pon sedap.

"Ni kak ngah yang buat. Ni anak dia yang beriya mengingatkan untuk buatkan roti jala lebih untuk kau ni jang" tunjuk makcik itu kepada anak perempuan & cucunya. Ohh~ mungkin adik ni masih ingat yang aku ada kongsi makanan ku kepadanya. Aku tersenyum lalu ku panggil dia. Lantas aku tunjukkan gambar zaman kegemilangan ku dahulu. Mula-mula sengaja nak tunjuk gambar ninja hitamku sahaja. Tiba-tiba dipanggil adik beradik serta sepupunya yang lain. Dari ninja hitam terus melarat sampai ke gambar di Jepun, gambar adikku yang tentera & gambar si gadis pink.

"Comeynya makwe abang niiii~" pandai betul mereka menipu ya? Siapa ajar? Babap nak?
"Ni abang belikan dia barbie ke?" tanya salah seorang daripada mereka lantas
"Mana ada~ ni dia beli sendirilah nyahhh~" balasku dengan gaya gedik ala nyah.
"U main barbie tak?" tanyanya lagi
"I suka barbie yang pakai baju pinkkkkk~" balasku dengan nada yang sama
"Eiii abang ni over sangat~ ahahah" gelak mereka terbahak-bahak.

Tak tahu mengapa apabila 'audience' ku kanak-kanak secara automatiknya perangaiku berubah menjadi seorang kanak-kanak. Sebelum itu aku menyuruh mereka bahagikan kepada kumpulan. Siapa adik beradik mesti duduk dalam 1 kumpulan. Senang ku kenali. Mereka pon bergerak menjadi 3 kumpulan. Menerangkan mereka anak-anak kepada mak ngah, paklong & mak lang. Ada 7 orang ketika itu. Yang paling tua darjah 5 (malu nak ambil gambar) & dibawahnya darjah 4. Besar darjah 4 macam dak tingkatan 1. Adik bongsuku yang darjah 4 pon setengah dari ketinggiannya. Selebihnya darjah 2, 6tahun & 5 tahun.


Glove & mask juga ku tibai untuk mereka. Nak main doktor-doktor denganku katanya. Mereka mula melakonkan watak seorang doktor yang mahu meng'operate'kan kakiku & aku pula melakonkan watak pesakit yang ketakutan tidak mahu di'operate'.

"Abang ni over sangat" gelak mereka serentak apabila melihat aku dengan gaya pesakit yang 'benar-benar' takut. Seronok melayani karenah mereka. Yang lelaki lain caranya. Yang perempuan juga berbeza. Selepas itu mereka memintaku buka youtube lagu 'Hanya aku' dari cerita teduhan kasih melalui telefon ku.

"Korang tengok eh? Abang tengok gak. Tapi duk hospital tak dapat tengok. Dah abis kan?"
"Ahh dah abis dah. Best cite die. Last-last happy ending"

Ada yang menyuruhku meng'add' dirinya menjadi rakan di Facebook. Cari-cari tak jumpa. Dia pun gagal nak log in facebooknya. Lupa password la tu. Sedang sibuk melayani perangai adik-adik 5 6 tahun, ada yang berkata,

"Abang ni best. Boleh jadi ayah kan? Makwe boleh jadi mak. Panggil ayah lah" kata salah seorang daripada mereka. Tak pasti yang mana 1 & yang lain hanya mengiyakannya.

Hatiku tergelak. Ya Allah gembira hatiku. Hatiku semakin kuat mengatakan yang aku ingin segera sembuh, cepat mendirikan rumah tangga & menimang cahaya mata. Aku tahu bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak tetapi jika tidak mulakan dari sekarang bila lagi? Tak perlu anak sendiri. Anak orang lain pon kita boleh tunjukkan contoh yang baik & positif. Jika mahu tunggu anak sendiri sampai bila? Korang boleh lah. AKu? hehe

Petang itu dihabiskan dengan memekak bersama kanak-kanak riang. Pesanku agar mereka belajar baik-baik. UPSR dapatkan 5A. Boleh berjaya jauh tapi dengan syarat lepasi halangan pertama ini dahulu. Masuk ke sekolah yang bagus. SBP mahupun MRSM. Kejayaan seterusnya bergantung kepada suasana pembelajaran & rakan-rakan sekeliling. Jika ada rezeki mungkin mereka dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan atau lebih baik lagi ke luar negara. Bukanlah niat entri kali ini untuk menunjuk-nunjuk yang diriku ini seorang yang kononnya bagus mahupun baik. Cuma diri ini ingin menyampaikan pesan Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang tidak berlaku baik kepada orang-orang yang lebih muda, atau tidak menghormati orang tua  adalah bukan dari bangsa saya " Peace y'all

Hariku di akhiri dengan suasana yang sedih bagi diriku. Suasana kembali sunyi. Sebelum mereka pulang bersama ibu bapa, salam tanganku disambut & dicium. Mereka mengucapkan salam & selamat tinggal kepadaku. 

"Jumpa lagi, byee~"

"Kalau kita jumpa lagi" kata hatiku. 
Moga kita berjumpa lagi wahai anak-anakku

1 comment: