Episod 5
"Cik, apo kabar? Sihat tak?"
tegur ku
Dia hanya mengangkat tangan & tersenyum
“Cik, sey ensem tak cik?” aku berseloroh
Bertambah lebar senyumannya. Mungkin dia sedang tergelak.
"Salam sikit haaa~"
Tanganku disambut oleh pakcik Aziz. Dia memahami apa yang kita
perkatakan namun dia sendiri tak mampu mengucapkannya melalui percakapan &
pertuturan yang sempurna. Setelah berumur 63tahun & memiliki sejarah sakit
jantung serta strok, kini pakcik Aziz tidak lagi mampu berbicara seperti insan
lain.
"Aaaaaa~ Aaaaaaaa~ Aaaaaa~"
jeritan tangisannya tiap kali mahu dicucuk jarum ataupun isteri tercinta pergi
meninggalkannya untuk seketika. Pernah juga aku membantu medical assistant yang
mahu mencucukkan insulin untuk pakcik Aziz. Dia memarahi MA itu walaupun MA
telah memujuknya untuk dicucuk ubat. Aku yang kebetulan berada di situ turut
sama memujuk.
“Cik nak copek balik tak? Takpo jap g si Ashraf ni enjet sey plak.
Sekarang acik dulu yo. Sonyum sket. Baru ensem.” Dia tersenyum & dengan
segera MA memberi insulin kepada nya.
Melihat pasangan ini, hatiku rasa inilah keindahan cinta sejati hingga
ke syurga. Sampai bilapun masih setia si isteri kepada sang suami mahupun si
suami berperangai bagaikan kanak-kanak yang manja yang perlukan belaian.
Sudah bertahun makcik menunggu pakcik di hospital. Berulang-alik dari hospital
ke rumah. Bertahun tapi masih setia. Tak sedikit pon kelihatan tercalar nilai
sebuah kesetiaan isteri kepada suaminya.
"Cik, nanti copek sihat yo. Boleh
balik rumah" kata ku sebak
Sebelum itu aku berpeluang berbual panjang dengan isteri pakcik Abd Aziz.
“Acik sayang dengan dio ni. Masa sihat dulu dio sayang betul
dengan makcik. Maso anak-anak eh kocik
dio yang susukan. Bangun pagi. Dio biarkan acik tido. Dio sanggup bersengkang
mato menjago anak-anak eh. Dari mulo kawen sampai dio dah tak sihat ni, acik
tido kek longan eh. Dio manjokan acik tau. Rindu raso eh nak donga dio panggil
kito ‘sayang’. Sekarang ni lopeh kono strok tak buleh nak bercakap laie. Dulu dio
yang tolong masak, basuh baju. Baju dio, dio seterika kan sendiri. Tak do nak
pakso acik buek. Dio yang buekkan untuk acik ado la. Pakaian acik dio bolikan.
Baju acik dio bolikan. Sampai satu hari acik menangis sobab acik salah boli
kasut. Kasut acik saiz 4 tapi acik bolikan kasut saiz 5. Mano tak eh biaso dio
yang bolikan untuk acik. Dio sayang betul ngan acik. Rindu sangat acik nak
donga dio panggil acik ‘sayang’. Dulu dio jago acik, sekarang ni giliran acik
pula jago dio. Dio ni anak sulong. Sayang betul dengan adik-adik eh. Anak-anak
& cucu toksah lah cakap. Lagi dio sayang. Tu sobab anak-anak, cucu cucu
sumo suko & sayang ngan atuk eh. Omak dio ngan omak acik pon dio bawak
tinggal samo. Dio jago elok-elok omak-omak eh. Tak do bezo. Dio tak kedekut
& berkiro. Dio sanggup keluar duit asalkan omak-omak eh bahagio. Bukanlah acik
nak puji dio lobeh-lobeh tapi..”
Sebelum sempat makcik menghabiskan ayatnya aku menyambung
“Dah acik orang yang paling dokek, memang la acik tahu kan. Hahah?”
“Pandai kau cakap dik” gelak makcik. Namun begitu kelihatan leraian butir-butir
permata halus dari mata makcik. Terlampau sebak. Teringatkan kisah lama. Diriku juga
terkesan. Tipu jika hati kecilku tak merasakan apa-apa selepas mendengar cerita makcik ini. Hebat betul kesannya kepada diriku. Mampukah aku menjadi suami yang begitunya setia? Mampukah aku memikul tanggungjawab yang sangat besar bila sudah berumah tangga?
Melihat kembali senyumannya kepadaku
Buatkan hatiku bertambah sayu
Mendengar lagi ceritera tentang dirimu
Ku tahu kau seorang anak yang hebat di
mata ibu-ibumu
Ku tahu kau seorang suami yang teristimewa untuk isterimu
Ku tahu kau ayah yang sentiasa dicintai oleh anak-anakmu
Ku tahu kau atuk yang sentiasa disayangi oleh cucu-cucumu
Ku tahu mengapa isterimu begitu setia kepadamu
Ku harap kau segera sembuh
Ku harap tubuh badanmu menjadi kukuh
Ku harap kau segera pulang ke pangkuan keluarga tercinta
Ku harap kau berbahagia selamanya
Ku harap kau menjadi contoh buat diriku
Ku harap aku mampu sesetia kepada bakal isteriku
Kerna kini ku tahu bahawa setia seorang isteri
kerana setianya seorang suami~
![]() |
Mahu menjadi sang setia |
No comments:
Post a Comment