Tuesday 6 August 2013

Saat-saat diri yang sedih


     Hari ini hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Hatiku masih gundah gulana. Hatiku masih berasa pedih, risau & pilu. Semenjak 2 menjak aku seperti orang lain. Bukan seperti diriku yang biasa. Esok sudah tiba hari lebaran. Adik-adikku yang lain kelihatan riang gembira menyambut syawal. Aku sedih bukanlah kerana Ramadhan telah berakhir & aku bukanlah orang yang kuat beramal solaeh seperti insan yang lain, namun hatiku berasa sedih & pilu kerana mengenangkan nasib yang menimpa diri ini.

     Sebenarnya sudah lama aku ingat menulisnya tetapi sengaja aku tangguhkan tulisan ini. Buat apa menceritakan kesusahan diri sendiri kepada orang lain. Tambahan pula, jika tulisan ini tercoret sekali pun adakah yang mahu membacanya? Sudah hampir 3tahun semenjak aku ditimpa kemalangan & tahun ini aku masih bertongkat, kaki masih berbesi menyambut Ramdhan serta hari raya. Namun perasaan sedih itu telah lama hilang. Alah bisa tegal biasa & segala-galanya sudah menjadi kebiasaan buat diriku. Aku telah menerimanya dengan hati yang ikhlas. 

     Masih ingatkah dengan tulisan 'Rezeki ada di mana-mana'? Aku menerima email yang aku telah diberhentikan kerja? Dalam entri itu aku telah mengatakan bahawa aku tak kisah pon jika aku diberhentikan kerja. Yelah. Nak buat macam mana lagi? Dengan keadaan begini, macam mana hendak bekerja? Tak mengapalah. Namun seminggu selepas aku pulang dari hospital (siri hospital tak habis aku tulis. Nanti aku selesaikan episod last) aku menulis email bertanya kan dokumen berhenti kerja dari nhk. Takkan lah tak siap-siap lagi?
------------------------------------------------------------------------------------------
Email dari diriku
Assalamualaikum. Saya baru seminggu discharged dari hospital. Saya nak tanya bila saya boleh dapat official dokumen dari NHK ni? Thanks
Email dari nhk
Assalamualaikum Atif Kami akan siapkan dan serah pada kamu. Puan WanSila berurusan dengan Muhammad Atif berhubung perkara di bawah.Tolong sediakan surat tuntutan baki bayaran rawatan seperti yang diarahkan oleh MD tempoh hari. Terima kasih.
         --------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mendapat email ini, hatiku berasa tertanya-tanya. Takkan aku tak dapat sedikit pampasan dari kilang setelah diberhentikan? Siap kena langsaikan hutang lagi. Pada sangkaanku adalah sedikit pampasan dari kilang ataupun tiada pampasan tetapi hutang puluhan ribu ringgit dengan kilang kira selesai. Cincai kira. Maka untuk kepastian aku bertanya lagi

              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Email dari diriku
Assalamualaikum kak Wan. Nak tanya. Saya kena bayar baki hutang saya berapa banyak? Tak kan saya tak dapat pampasan sesen pon lepas kena berhenti?
          Email dari nhk
Assalamualaikum Atif,

Terima kasih kerana mendapat maklum balas dari Atif yang selama ini banyak berdiam diri mungkin juga sibuk menguruskan hal-hal kesihatan Atif.

Soalan Atif tempohari tentang pampasan pemberhentian kerja, Kak Wan telah buat pengesahan ke Jabatan Tenaga Kerja Seremban baru-baru ini.

Dalam Kes ini, menurut Akta Kerja 1955, JADUAL PERTAMA (sek.2(1)) dihuraikan tentang ‘Pekerja’ yang mana seseorang pekerja yang bergaji RM2,000.00 ke bawah  adalah dilindungi dibawah Akta 1955 dan menurut pegawai JTK, untuk layak mendapat pampasan pekerjaan, pekerja itu haruslah bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun berterusan sebelum ketidakupayaan berlaku.

Oleh yang demikain menurutnya lagi dalam kes ini, pampasan tidak perlu diberi kepada pekerja yang bergaji melebihi dari RM2,000.00 ke atas di mana majikan telah banyak memberi dari segi bantuan, perhatian dan tolak ansur serta masa yang terlalu lama diberikan untuk membuat keputusan ‘Medical Board-Out’ yang sepatutnya berlaku terlebih awal.

Kak Wan harap Atif faham dengan penjelasan ini, setiap majikan faham akan hak-hak yang harus diberi kepada pekerjanya dan harus ditunaikan jika ada, tambahan selebihnya adalah atas  budibicara Syarikat.

Pihak NHK masih di dalam proses mengeluarkan surat ‘ Medical Board-Out’ dan akan diberitahu dalam masa yang terdekat.

Harap maklum.

Wassalam.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
     Setelah menerima email ini. Aku hanya mampu terdiam. Pedih rasanya. Sudahlah tak sihat begini. Pampasan tak dapat. Pampasan tak dapat itu bukan aku kisahkan sangat tetapi mana aku nak cekau duit untuk melangsaikan hutang? Nak pinjam bank? Mana nak dapat? Nak pinjam along? Nak mati? Baik aku pinjam duit buat benda-benda yang menguntungkan diriku. Hutang yang ku buat tanpa kerelaan. Ya Allah. Perasaan ku bercampur baur. 

Dalam 3tahun ni, ini kali pertama aku rasa diriku teraniaya.
Dalam 3tahun ni, tak pernah ku salahkan sesiapa dengan kejadian yang menimpa.
Dalam 3tahun ni, aku tak pernah kesal dengan apa yang berlaku.
Sebelum ini aku berjaya kurangkan panas baran & bengisku, namun segala amarah yang ku sorok jauh dalam lubuk hati kembali menjelma
Sebelum ini aku tak se'stress' begini, hati & akalku asyik bertanya
Apalah nasib yang menimpaku

Mungkin ini lah akibat kerana aku jauh dari Tuhan
Mungkin ini lah akibat aku kurang iman
Mungkin hatiku tak kuat
Mungkin akalku lemah

Mungkin aku terlalu tak ambil kisah
Mungkin aku pada mereka aku seorang pemalas yang tak mahu majukan diri sendiri
Mungkin pada mereka aku memang tak mahu kerja lagi
Mungkin pada pandangan mereka aku terlalu berdiam diri
Mungkin mereka tak berada ditempatku ini
Mungkin aku tak patut salahkan orang lain lagi
Mungkin aku hanya perlu salahkan diri sendiri
Mungkin ini lah akibat ....ntahlah aku tak tahu.
Yang aku tahu.
Padan muka diriku. 

Sekian




p/s aku tak perlu nasihat jasmani rohani. 

3 comments:

  1. Be strong tip... Kami akan usahakan sesuatu..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnye Allah bsama org yg sabar. Mohon akaun bank

    ReplyDelete
  3. Sabar tip,InsyaAllahnada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete