Saturday 6 July 2013

Episod 6 Nilai 'sedikit nikmat'

Episod 6 Nilai 'sedikit nikmat'


Hari itu aku bersama keluarga berjalan-jalan. Entah di mana namun yang ku pasti kami menginap di tepi pantai. Indah sungguh suasana chalet yang dibina berdekatan dengan pantai. Eh aku boleh berjalan. Melepaskan tongkat ku. Aku cuba untuk berlari. Alhamdulillah walaupun larian ku tempang namun aku sudah boleh berjalan & berlari. Syukur ku terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Ku sujud sambil mencurahkan tangisan. Telah lama ku idamkan perasaan ini. Telah lama ku nantikan. Ya Allah, tangisan ku tiada penghujung. Tangisan ku ibarat mati hidup kembali. Ibarat hilang dalam kegelapan namun diselamatkan dengan suluhan cahaya Tuhan yang Maha Kuasa.

Aku berjalan-jalan di tepian pantai. Kelihatan sebuah restoran yang besar. Perkhidmatan bot laju serta jet ski disediakan di sana. Eh macam ku kenal. Memang pasti aku kenal. Ni rakan seperjuangan ketika menuntut di sekolah Menegah Sains Tuanku Jaafar. Hafizi a.k.a Katok di STJ dahulu. Aku masih tertanya-tanya. Apa yang dia buat di sini. Katanya restoran itu restorannya & perniagaan bot serta jet ski itu semua miliknya.

"Wah hebat kau katok" bangga aku mempunyai rakan yang memiliki perniagaan yang maju.

Setelah berbual panjang, aku diberi layanan istimewa & makanan yang enak-enak dihidangkan. Free of charge katanya. Member sekolah kan? Namun belum sempat aku menjamah makanan yang dihidang, ayah menjerit.

"Sume naik kereta!!"

Aku berasa pelik dengan tindakan ayah. Kami semua mengikut perintah. Ketika kereta baru hendak bergerak, ada seorang perempuan menjerit meminta pertolongan. Ini bukan ke kawan si Katok? Aku ternampak restoran sedang dijilat api.

"Yah. Berhenti. Api api!!" Api semakin marak tetapi ayah tidak mempedulikan teriakkan diriku. Ya Allah kenapa dengan ayah? Buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Hati kecilku agak kecewa & marah dengan tindakan ayah. Bukankah sepatutnya kita memberi mereka pertolongan. Aku melihat pemandangan luar kereta & aku terperanjat. Rasa itu dicampur dengan perasaan takut yang teramat sangat. Rasa kecewa tadi hilang serta merta apabila melihat apa yang berlaku diluar kereta.

Seluruh kawasan berhampiran dengan restoran tadi telah dijilat api. Api semakin marak. Kereta dipandu laju.   Pokok-pokok & binatang semuanya mati terbakar. Kelihatan ada 1 pancaran cahaya dari atas yang menyebabkan kebakaran itu. Mengapa sinaran pancaran matahari membakar segala-gala yang berada di laluannya? Namun apa pon yang berlaku, ayah terus memecut laju. Tiada tempat selamat......

--------------------------------------------------------------------------------------------

Aku terjaga dari tidurku. Beristigfar panjang pagi itu. Jam baru pukul 5 lebih. Orang sekeliling katil masih tidur nyenyak. Aku masih di hospital.

"Astagfirullah. Mimpi je rupanya." Aku memeriksa kakiku. Aku sedar aku masih belum boleh berjalan dengan bebas. Namun aku berasa syukur kerana dengan sedikit 'nikmat' berlari dalam mimpi malam itu mampu menceriakan ku untuk sepanjang hari. Eh? Aku pernah ke tak ceria? lol

Macam mana pon, aku masih bersyukur ianya hanya mimpi. Sebelum ini aku banyak lagi mimpi yang dasyat-dasyat seperti berperang. Tiap kali mimpi seperti ini, jantungku pasti berdenyut kenyang. Mau tak cuak? Rasa macam dunia sudah kiamat. Namun persoalannya mengapa aku boleh berjumpa dengan rakan sekolah? Dalam setahun nak jumpa sekali pon susah.

Tiap kali bermimpi, aku pasti seorang aku yang baru sahaja sembuh & tiap kali itu jugalah aku meraung teresak-esak kerana rasa terlampau bersyukur dek nikmat berjalan. Tiap kali bangun dari mimpi pasti aku akan memeriksa kakiku. Namun tiap kali itu juga aku akan berasa sedikit kecewa.

"Ianya masih begitu"

Namun kekecewaan itu hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Selepas seminit 2 aku pasti kembali  gembira & ceria. Aku selesa dengan diriku sebegini. Actually bukan teruk sangat pon kan? Relax & enjoy your life macam dulu-dulu.

Steady macho

1 comment: