Friday, 17 August 2012

Ramadan & Syawal ini

     Ramadan akan pergi untuk sekian kalinya & tibalah sinar kemenangan umat Islam di seluruh dunia tak kala berjaya berperang dengan hawa nafsu selama sebulan. Peperangan itu bukan sekadar tahan lapar dan dahaga malah menahan diri dari nafsu yang membelenggu diri ini. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Berpuasa penuh kerana tiada bulan tak kunjung tiba yakni dengan kata lain tidak datang bulan kerana diri ini seorang lelaki (tu pon nak cerita)

     Dalam sebulan berpuasa ini juga, banyak perubahan yang berlaku secara zahir dan batin dalam diri ini. Insyallah taraweh masih penuh sehingga malam ni. ohh malam ni last, Alhamdulillah taraweh penuh untuk Ramadan kali ini. Tiada sesalan jika ditakdirkan diri ini tidak bertemu lagi Ramadan akan datang. Banyak lagi perubahan yang baik, antaranya tulang kaki bercantum dengan baik & doktor menjangkakan 2bulan dari sekarang diri ini boleh berjalan tanpa tongkat. Riang rasa hati pabila mendengar berita itu. Ada juga beberapa perubahan yang tak berapa baik tetapi aku biarkan ianya berlalu.

     Syawal pertama kali ini, tiada angah & zai. Angah mungkin pulang ke rumah dalam raya ke3 atau ke4. Angah sedang berkhidmat di Lumut perak, Zai pula di Indonesia melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran/medic di Makasar sulawesi. Adik-adikku yang lain mula merungut pabila raya kali ini ahlinya tak cukup 2 orang. 3 4 tahun yang lepas hanya aku seorang yang tidak pulang beraya dek kerana cuti semester tamat beberapa hari sebelum raya. Yelah, di Jepun mano ado orang Islam nak kasi cuti-cuti raya macam di Malaysia. Tika orang seronok beraya, diri ini menghadiri ke kelas dengan berpakaian baju melayu. Mat-mat jepun pandang pelik je kerana pelik melihat student-student Malaysia mengenakan baju melayu & baju kurung.

     Kenangan hanya tinggal kenangan. Kini diri ini berada di rumah & sedang menaip entri dengan terpaksa kerana malas. Bukan itu sahaja, diri ini ada benda hendak diceritakan tetapi biarlah cerita itu disampaikan dalam entri yang akan datang. Cuma diri ini ingin mengucapkan selamat hari raya terutamanya kepada adinda-adinda yang jauh di sana. Toksah dok nangis makan biskut raya sebab ibu ayah kat sini nangis bila anak-anak mereka tiada untuk beraya bersama.

     Pesanku untuk angah moga-moga jalankan tugas dengan baik dan jujur kerana sesungguhnya hasil dari kerja itu ialah hasil yang bakal menjadi darah daging. Maka kejujuran adalah paling penting ketika kita melaksanakan tugas. Kepada zai along ucapkan selamat maju jaya dan belajar lah dengan bersungguh-sungguh kejar la cita-cita itu. Teteapi tika adinda berdua sedang mengejar laskar pelangi, jangan dilupakan perintah Allah kerana dunia hanya sementara. Hebat di dunia tak bermakna selamat di akhirat. Jadilah insan yang kejar kedua-duanya. Ibu, ayah & along sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Insyallah.
"Tiada ucapan yang lebih indah melainkan....Yeayy along rayo kek ghumah korang rayo kek lumut ngan indon..yes..hahahahahahahah padan muko..yeay..along minta maap..tapi yes gak..hahahah "
Dari along yang ensem & bergayo







3 comments:

  1. huhu.. selamat hari raya bro!
    alhamdulillah, ak tumpang gembira bila tau berita baik dari doktor tu.. moga cepat sembuh dan kembali kepada kehidupan asal, insyaAllah~

    ReplyDelete
  2. along ensem & bergayo??????? zzzzzz

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri abang misai tebal~ :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget