Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103:1-3]
Tidak perlu lagi diperjelaskan tentang masa
Allah turun surah Al Asr untuk mengingatkan kita
Bahawa hargailah masa
Tidak kira kita sedang sihat, sakit, miskin atau kaya
Hargailah waktu lapang sebelum waktu sempit tiba
Tika itulah kita akan mencari-cari masa
Tika itulah kita akan menyesal kerana membuang masa
Tika itu penyesalan tiada guna
Kerana masa telah pergi meninggalkan kita
Kerna masa tiada gear reserve nak pusing semula
Kerna masa pasti takkan berundur kepada kita
Jadi janganlah percaya cerita "back to the future"
Hampa suma memang kena kelentong bulat-bulat saja
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tika manusia sedang sibuk mengejar dunia
Tika sibuk mencari rezeki diri dan keluarga
Tika sibuk mengumpul harta benda
Tika sibuk menyimpan kekayaan sementara
Tika itulah mereka terlalai seketika
Apakah matlamat mereka dicipta
Apakah tujuan mereka dilahir ke dunia
Apakah janji mereka kepada Tuhan yang Maha Esa
Kalam suci telah menceritakan segala-galanya
Firman dari Yang Maha Kuasa
Dan (ingatlah) Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [51:56]
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya dan Dia lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. [51:57-58]
Carilah rezeki dengan ikhlas dan sempurna
Carilah rezeki dengan cara yang baik-baik sahaja
Dan janganlah kita lupa tunaikan ibadah kepada Yang Esa
Sesungguhnya mencari rezeki dalam keredhaanNya
Lebih baik dari segala harta di dunia
Sesungguh kita ada lagi alam yang perlu kita tempuh dengan jayanya
Yakni alam Akhirat sana~
"Sama-samalah kita mencari keredhaanNya, jika bukan sekarang bila? Jika maut tiba, bagaimana? Jangan butakan mata hati kita, bukalah ia seluas-luasnya. Cinta manusia, cinta juga. Bawalah 'cinta' ke arah redhaNya. Kerana cinta berteras redhaNya, ialah cinta membawa ke syurga. Kuharapkan cintaku begitu juga"
Ikhlas dari hambaNya
No comments:
Post a Comment