Sunday 27 October 2013

Mohon doa-doa dari kalian~


Sudah hampir seminggu diriku demam. Kadang-kala kebah demamnya kadang-kala panas badannya. Sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama seperti ini ketika peha ku diletakkan internal fixation(besi di dalam kaki). Demam yang berpanjangan, peha yang sakit tak kira masa.. Kini lain pula jadinya.

Mula-mula luka yang pelik tiba-tiba muncul di pinsite(pin besi) di sebelah bawah yang berhampiran dengan lutuh. Selepas itu, badan mula demam-demam & pinsite di sebelah atas pula tiba-tiba muncul nanah. Semakin hari nanah semakin menjadi-jadi. Tiap-tiap hari, diriku akan men'dressing'kan diri sendiri sebanyak 2kali. Semenjak nanah yang melimpah-limpah, terpaksa monitor pinsite agar nanah tak terlalu overload.

Ni semaximun yang mampu dibersihkan
Ni tak sampai 2jam dressing

Ni gambar tak sampai 6jam dressing
     Pelbagai usaha telah diriku lakukan, antibiotik hospital pon sudah habis. Kemungkinan rabu ni ayah akan membawaku ke Hospital Seremban untuk berjumpa doktor walaupun next follow up pada 27/11/2013. Semenjak 2 menjak ini, tengah malam juga aku akan mengantikan gauge yang penuh dengan nanah. Bukan itu sahaja, bahagian yang sudah tumbuh tulang juga berasa sangat sakit. Mohon dijauhkan dari jangkitan kuman di tulang. Jika tidak~ Hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh yang demikian. Diriku serendah diri serendah hati serendah segala-galanya memohon agar
  • Keluarga tercinta
  • Rakan taulan
  • Sahabat handai
  • Guru-guru
  • Bekas rakan(pasti ada)
  • Musuh-musuh(jika ada)
  • Bekas musuh(jika ada)
Memaafkan diriku yang lemah & sering tak sedar melakukan kesilapan. Jika terkasar bahasa, perbuatan mahupun terdetik di hati ini melakukan kerosakkan kepada diri kalian. Diriku juga dengan serendah-rendah dirinya memohon agar kalian mendoakan kesejahteraan diriku.

Kerana diri ini terlalu berdosa kepada-Nya & kalian, disebabkan itulah doaku masih belum dimakbulkan. Astagfirullah~


Segala doa-doa yang telah kalian kirimkan, hamba mengucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Hamba juga sentiasa mendoakan agar kalian diberi kesenangan dunia akhirat serta keselamatan di dunia serta akhirat. Insyallah.

p/s jika berkesempatan mohon share dengan rakan. 

7 comments:

  1. semoga selamat dan sihat semuanya atif. byk kan bersabar bro.

    ReplyDelete
  2. pastikan paku dengan luka dibersihkan elok2.baru masukkan paku itu.Selawat banyak2,supaya Allah cepatkan sembukan luka2 itu.Jangan harap kepada ubat yang sembuhkan.Alat ubat.Allah yang sembuhkan segala penyakit,kecuali mati.Baca Ayatul Qursi tiup kepada luka itu,niatkan bertawasul pada Nabi Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dgn nasihat. tapi apa kaitan luka saya dengan paku? salah orang ni

      Delete
  3. oh sorry,salah guna word.pin besi..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Allah akan tolong org yg berusaha..

    ReplyDelete