Wednesday 9 October 2013

Hari sukan SKP14 yang..hmmmm


Aku malu dengan Tuhanku
Aku malu dengan ibu bapa ku yang sering bersusah payah untuk diriku
Aku malu dengan orang-orang yang disekelilingku yang sering prihatin kepada diriku
Cukup aku malu kerana aku hanya mampu berikan berjuta kepayahan kepada kalian semua
Jadi petang itu aku nekad, aku tetap tidak akan mengharapkan apa-apa bantuan daripada sesiapa

Hari sukan sekolah lama

     Tahun ini hari sukan sekolah diadakan pada bulan Oktober. Tanggal 8/10 sekolah rendah lamaku mengadakan hari sukan sekolah yang ke 19..katanya. Lama juga aku terfikir. Aku berumur 26tahun, sukan sekolah baru bermula dari aku darjah 1 laa ek? Ooo naruhodo (baru tahu) nee~

"Kalau along nak datang, along datang petang tau. Sukan start pukul3" pesan adik bongsu ku yang busuk.
"Alamak, kereta tak de. 2 2 kereta ibu ngan ayah pakai la. Along jalan kaki jelah"
"Eii jangan mengada-ngada eh. Along datang jalan kaki siap" marah adikku bagaikan orang tua memarahi kanak-kanak kecil. Adikku yang seorang ni memang begitu. Matang lebih sangat~ Tak lama selepas itu, adikku pon bergerak ke sekolah bersama mak angkatnya yang berada selang 1 rumah dari rumah ku.

Kira-kira jam 2.45 petang, telefon bimbit ku berdering.

"Along, along nak pergi sekolah abby tak? Ni kak yong(anak jiran) hantar sekali"
"Ehh takpe la."
"Along ingat. Jangan jalan kaki pergi sekolah. Siaplah nanti" gertak adik bongsuku itu.
"Yela yelaaa~"

Lebih kurang jam 2.50 petang aku pon bergerak. Kali ni special sikit sebab 1st time berjalan dengan seluar custom made. Heeee... Seluar ni aku yang ilhamkan & aku hantar ke rumah jiran untuk dijahit.
Ni seluar ciptaan minda+jahitan makcik sebelah

Dan kali ini jugalah aku akan pergi ke sekolah dengan BERJALAN KAKI. Sengaja gerak lambat. Nanti diorang nampak pula aku berjalan. Mana tak nya, kalau nak ke sekolah mesti lalu rumah mereka. Malangnya, tongkat yang ku gunakan memekak pula. Kantoi.

"Haaa tu deh.. Tu berjalan kaki dio sorang-sorang. Tunggu Ain(kak yong Abby tadi) hantarkan"
"Tak pe cik, along nak 'eksesais'" Jawab ku ringkas. Itu sahaja alasan yang aku ada. Walaupun beberapa kali mereka menawarkan bantuan kepadaku, aku tetap berkeras mahu berjalan kaki sahaja ke sekolah.

Sepanjang perjalanan ke sekolah yang, tak berapa pasti jaraknya. 1km sampai ke? Entah berapa ramai yang berhenti & menawarkan bantuan mereka. Namun aku tetap berkeras. Kali ni nekad. Tak mahu menyusahkan sesiapa selain diriku sendiri. Wa ima bas sekolah menengah pon berhenti 2 kali setiap kali ternampak aku berjalan dengan walking frame.

     Aku bukan tak mampu berjalan tanpa walking frame tetapi lambat ooooo~ jauh tu perjalanan. Baik guna walking frame. Jalan tanpa tongkat memang slow & steady.

1..2..3...4...5..6...7...8...9....10....11 kiraan mereka yang berhenti & bertanyakan benda yang sama kepadaku. Namun aku tetap berkeras. Apa salah sesekali susahkan diri sendiri untuk adik yang seorang tu. Siapa lagi nak ambil menemannya di majlis-majlis persekolahan. Aku lah. Sapa lagii???

     Kira-kira jam 3.20petang aku tiba di sekolah. Peluh tak payah ceritalah. Kaw-kaw peluh. Sampai sahaja terus aku mengeluarkan kamera ku. Apa lagi? Ambil gambar lah~


Tragedi Oktober Betul


     Acara hampir selesai. Anugerah olahragawan olahragawati pon telah disampaikan. Hujan turun. Pada mulanya hujan renyai sahaja tetapi tak lama selepas itu, hujan menjadi lebat. Petir & guruh bermaharaja lela di awan. Ketika itu, segala kelengkapan kamera telah ku simpan rapi. Tiba-tiba, tiang khemah tetamu tempat aku melepak bergerak-gerak. Tetamu mula menjerit & berlari bertempiaran. Budak-budak sekolah yang berada di khemah bersebelahan juga lari lintang pukang. Cikgu-cekgi yang sedang mengagihkan hadiah juga dengan segera meninggalkan hadiah di padang. Lari~~

     Aku ketika itu hanya terfikirkan Abby. Mana perginya adikku ni? Puas aku mencari. Ketika itu, tiang khemah betul-betul bergerak ke arahku. Kebetulan ada seorang budak kecil di depan ku. Segera aku tarik kanak-kanak itu sebelum tiang melanggar dirinya. Dalam masa yang sama aku risau dengan keselamatan Abby. Dengan tidak semana-mananya khemah tadi tumbang & bergolek-golek di depan mataku. Ya Allah terkejut betul.

"Ehh, ada budak depan tu~" jerit hati ku. Tubuhku kaku.

Khemah itu benar-benar seperti mengejar budak-budak yang sedang berlari di hadapannya.

"Oiiii~ lariiii" semua menjerit. Namun badanku kaku sambil memegang tongkat di tangan. Ada 2 orang budak sekolah di depan khemah yang sedang berpusing-pusing ditiup angin. Ya Allah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu.

"Kalau budak ni kena, aduhh. Teruk patah riuk ni" detik hatiku. Bukanlah nak minta jadi begitu, namun hanya itu yang terlintas di fikiranku.

Ketika itu khemah seperti telah menghimpap budak tadi. Namun, hati ku lega apabila khemah yang berpusing itu telah berhenti & kelihatan budak yang berbaju sukan itu selamat. Alhamdulillah. Tiba-tiba datang dik Mas & adik si Ewan anak cik Bob. Mereka segera memimpinku. Ketika itu barulah Abby kelihatan di depan mataku. Ya Allah. Risau aku dibuatnya.

"Along jom jom jom" Dalam hujan lebat tu, aku dipimpin hingga ke kereta mereka.

Kejang kaki sebab kesejukkan. Setelah aku & Abby berada dalam kereta. Hatiku benar-benar lega. Ku pegang kepala adikku. Lega betul. Sampai di rumah, kami menceritakan semuanya kepada ibu & ayah. Mungkin ada sebab musabab kenapa jadi macam tu. Yelah, acara terlalu lama. Dah nak magrib dah. Nasib baik sempat solat Asar. Hehe

Keesokkan harinya, Abby memberitahu bahawa budak yang hampir terkena khemah semalam bukannya 100% selamat. Kaki nya membengkak kerana khemah 'sempat mencapai' buku lali budak itu. Namun, aku tetap bersyukur segalan-galanya selamat. Janganlah benda buruk jadi depan mata. Diri sendiri ni pon tak tertahan, ni kan melihat orang lain yang kesusahan.

Gambar ni ambil dari FB rakan. Sikit punya jauh khemah tu terbang. Allahuakbar.

p/s Diri bukan sombongkan diri tetapi diri mahu seksa diri sendiri agar diri sendiri cepat berdiri di atas kaki sendiri a.k.a BERDIKARI

p/s no 2 special thanks to semua yang sentiasa prihatin dengan si tempang yang di dalam hujan ni.


ok the end sudah..
 Yang cemas. Sumpahh~

No comments:

Post a Comment