Friday, 7 March 2014

Air oh air~


     Kujamah pagi ini dengan sinaran matahari pagi yang kuat memancarkan sinarnya sambil diiringi dengan angin yang cukup mem'balance'kan kepanasan mentari pagi. Enak rasanya. Syukur Alhamdulillah pagi ini aku masih diberi peluang kali ke 9804 semenjak kelahiran ku. Masih Allah beri peluang untuk aku kenali diri & mencari diri siapa diri ini. Aku juga berasa bersyukur kerana aku masih mempunyai keluarga yang indah, ibu bapa yang sentiasa menyayangi diriku serta adik-adik yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini.

Cintaku hadir dari hati
CintaMu hadir dengan kemarau ini


     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.  
Segala puji untukMu Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Kepada Kau kami sembah & kepada Kau kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Yakni jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan orang-orang  yang Kau murkai & bukan jalan-jalan orang yang sesat. 
     CintaMu kepada hambaMu hadir dengan kedatangan kemarau ini. CintaMu datang semata-mata untuk mengingatkan kami di sini bahawa ikutlah segala perintahMu & jauhilah segala laranganMu. Dengan kemarau ini, air pon berkurangan. Di kawasan Palong yang memiliki penduduk ramai ini, catuan air telah lama dilaksanakan. Walaupun berita di TV mengatakan air akan dicatu pada tengah malam tadi di sekitar Gemas & Jempol, sebenarnya sudah sekian lama air tiada. Cuma mengharapkan air dihantar oleh SAINS menggunakan lori tangki.

     Diri ini tidak tahu dengan pendapat orang lain tetapi bagi diriku, terasa perit sangat dengan kekurangan air. Air minum ibu beli kan air mineral. Air mandi tiada kerana untuk menjimatkan air, aku sekadar membasah-basahkan rambut, badan serta menggunakan air untuk menggosok gigi. Selebihnya air digunakan untuk bersuci & beristinjak. Kalau diri ini boleh mencangkung senang 'tembak' je dalam lubang. Dek kerana mengharap dengan tandas duduk, air SANGAT-SANGAT diperlukan. Astagfirullah. Ampunilah dosa ini.

     Pagi ini ku lihat tong biru besar simpanan air di belakang telah kehabisan. Kalau air di depan rumah boleh lah aku mandi manda dengan selamba nya tetapi bagaimana dengan ibu & abby? Takkan mereka nak mandi di depan rumah? Tak boleh jadi. Dengan 'tidak bolehan jadinya' tadi, jadi dengan kudrat yang ada, aku bawa 2 biji baldi ke bustop depan untuk mengangkut air dibawa ke belakang rumahku. Tongkat 4 pakcik tua ku tinggalkan di muka pintu rumah agar mudah hendak bergerak. Benak fikiranku berkira-kira

'dengan 2 biji baldi bolehlah balance kiri kanan mengangkut air seperti dulu-dulu punya cerita. Cerita zaman tok kadok. Zaman abang muda-muda belia belaka kauu~ '

     Malangnya, diri ini terlupa yang kaki ni tak kuat seperti dulu. Aku cuba menapakkan kaki dengan sekata tetapi kaki kiri & pinggang ku kesakitan kerana pembahagian tekanan yang tidak sekata antara kaki kanan & kiri. Jadi ku tinggalkan sebiji baldi di tengah jalan, ku bawa baldi yang di tanganku ke belakang. Setelah mengisi air dalam tong, ku ambil kembali baldi yang ku tinggalkan & segera ku bawa ke belakang. Selepas itu, perlahan-lahan aku mengangkut air dari depan ke belakang.

     Air tong biru besar sudah separuh ku & tiba-tiba ayah perasan dengan tindakan ku (Aku buat senyap-senyap je. Ibu & abby pergi sekolah, ayah pula dalam bilik). Ayah segera menegahku mengangkut air lagi. Dengan sengeh-sengeh aku berkata "takpo yah sikit lagi". Aku angkut lagi 2 trip. Sekali lagi ayah berkata "Ayah dah telefon ayah angkat kau kt Palong4 da. Insyallah ado air sikit lagi. Dahla boghonti la angkut air tu"

     Aku hanya mengiyakan saja kata ayah lalu aku berhenti mengangkut air. Aku lihat jam 1030 pagi. Ada dalam sejam setengah juga aku ke hulu ke hilir rupanya. Jadilah 'eksesais' kaki sekali. Aku sudah lama bersedia untuk cabut besi. Dengan latihan fizikal & mental tak perlu ceritalah. Memang sudah bersedia. Aku juga tak putus-putus berdoa agar segera sembuh segera nikah...ehh segera mencari balik jalan-jalan kehidupan ini. Sudah 4tahun aku ber'RnR' dalam kehidupan ku. Sudah sampai masa untuk bergerak semula & meneruskan perjalanan ke jalanNya.

p/s Moga Allah ampuni dosa-dosa ku dosa-dosa keluargaku. Sesungguhnya dosa-dosaku penyumbang kemarau ini.
ps3 sakit pinggang pakcik. kaki pon dah lain macam. Pakcik nak rehat. Ponek den poit. Poloh2 busuk. Salam


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget