Saturday 6 October 2012

Kehadiran~

 

"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli-ahli keluargaku Ya Allah. Telah banyak dosa yang aku lakukan kepadaMu Ya Allah. Sembuhkanlah diriku ini Ya Allah"

 
     Itulah ayat-ayat yang pasti terlintas di fikiranku tiap-tiap kali ku teringatkan Dia. Tak kira selepas solat, mengaji AlQuran mahupun sedang duduk saja-saja tanpa melakukan aktiviti. Yelah tak semestinya kita berdoa selepas solat mahupun menunaikan ibadah lain. Jika ada kelapangan banyak-banyakkanlah berdoa. Ku juga tidak lupa untuk memohon agar,
 
"Permudahkanlah segala urusanku, kurniakanlah KEBAHAGIAAN di dunia & akhirat, murahkanlah rezeki ku agar langsailah segala-gala hutang perubatanku Ya Allah"

     Sentiasa mengharapkan agar dikurniakan kebahagiaan oleh-Nya dan alhamdulillah salah satu daripada doaku itu telah Allah makbulkan. Allah datangkan kepadaku seorang insan yang benar-benar memahamiku.Seorang insan yang benar-benar ku perlukan dalam hidup ini (selain ibu bapa & keluargaku). Seorang insan yang benar-benar menghargai diriku. Seorang insan yang benar-benar memerlukanku.
 
Tika ku rasa sedih, dia datang menceriakan hidupku.
Tika ku jauh tersasar, dia datang mengingatkan ku.
Tika ku mula berputus asa, dia datang memberitahu "dah nak baikkan??"
Tika ku mula jatuh tak bangun-bangun, dia datang kepadaku memberi ku kekuatan.
Tika ku rasa sakit, dia datang menceriakanku sehingga ku lupa segala sakit-sakitku.
Tika ku gembira, dia datang berkongsi kegembiraan denganku. 
 
Sesungguhnya dia benar-benar ikhlas untuk menjagaku.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku kekuatan.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku kebahagiaan.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku inspirasi untuk tidak berputus asa.
Sememangnya dia benar-benar menyempurnakan hidupku.
Sememangnya dia benar-benar memenuhi tiap-tiap kekosongan dalam hatiku.
Sememangnya dia benar-benar menyintaiku kerana Allah & bukan kerana kekurangan mahupun kelebihanku.
Sememangnya dia benar-benar~ apa lagi yang ingin ku katakan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

     Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik diriku dan dirinya. Walaupun dirinya belum halal buatku, aku tetap bersyukur kerana memiliki sebahagian daripada hatinya. Ku ingin segera sembuh, berjumpa dengan papa & mamanya dengan segera dan memberitahu mereka yang aku benar-benar ingin menjadikan dirinya yang halal buat diriku. Aku benar-benar ikhlas ingin memiliki hati itu, aku bukan seorang yang 'suka-suka berkawan', jauh sekali ingin mempermainkan perasaan seseorang insan. Dalam kamus hidupku, tiada istilah 'enjoy dulu' kerana 'enjoy yang sebenar-benar enjoy' ialah berkongsi kebahagiaan dengan orang yang kita sayangi & orang yang benar-benar kita cintai kerana Allah.

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)
 
"Aku perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar. Dengan kesabaran ini, pasti Allah akan memberiku sesuatu yang lebih baik lebih besar lebih tinggi darjatnya dari nilai kesabaranku itu. Cuma masa yang akan menentukan dan yang paling penting dia sanggup menunggu diriku. Insyallah "

Yang benar-benar ikhlas






p/s Kalau mama or papa baca ni, nanti orang datang rumah cakap terus terang.

No comments:

Post a Comment